Wednesday, March 31, 2010

Dinner For Today - Spageti Berkuah




Dah lama giler x berkimpung dlm bidang masak memasak nih..almaklum la semenjak peknen 2nd baby nih, dan semenjak lakiku pun bagi muke kat aku supaya naik lemakssss..dan semenjak itu la jugakla body ku dipenuhi dengan lemakkkss-lemakkksss yg mantap...akhirnye harini tetibe tingin nak masakkan sumting utk suami techinterr...

Tapi ekceli..semangat "M" masih menebal lagi walaupun hati tu cam tingin nk berbakti kt dapur. So..kerana penyakit "M" ni jugak la aku dengan bangganye memilih utk masak spageti berkuah which is the most simple menu ever...

So lepas aku cilok2 balik awal dr opis harini (shhh..senyap2 tau huhu). Smpai umah aku siap kan le ingredient2 dia. Memule tomis onion dulu..wah dah wangi gile, lopeh tu aku masukkan minced beef brand Ramli..tapiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... masa tuh la tetibe aku rasa nk meroyan satu badan becos minced beef yg lakiku dok bising dah berkurun dok dlm peti sejuk dan bermati-matian dia kate minced beef tuh masih elok yang membuatkan aku mmg x pi beli minced beef lain utk masak spageti ni................................. bussssuuuuuukkkkkkkk.

Perghhh...dengan tahap mendidih otak aku setara kepanasan global skang, aku rasa cam nk campak jek kuali dlm tong sampah. Tapi x mo la kan...nanti jangkit lak sifat panas baran kt baby dlm peyut ni.

So..dengan kesabaran yg x seberapa, aku pn selongkar freezer dan nampak beberapa keping daging burger. Dengan kekreatifan aku yg x seberapa..tpakse le tumbuk2 daging burger (pecah2kan..cepat sket x larat nk tunggu lembut), aku gantikan minced beef tu pd 2 kpg daging burger. So, siap jgk la kuah spageti yg x bape lengkap ingredient dia..tp aku mmg dah warning husben aku siap2..jgn komplen klu x sedap sbb dia yg ckp minced beef dlm freezer aku tuh elok lg.

Frust tol, dah ar daging burger tuh melekat2 bile goreng dgn rencah len (x macam minced beef) so tepakse masakkan daging burger tuh dlm kuah jek (x dpt nk goreng). Dan yg buat haku frust..masa memasak yg sepatutnye 15 minit jek dah siap..tp disbbkan masalah minced beef ni, dgn nk basuh kuali balik sbb daging busuk tu..dah jadi 1 jam la plak.....

Tapi..bile dah siap smua...and makan time...rasa ok la plak kuah spageti aku..x der la teruk sgt. Okla, janji boleh telan and laki ku pn makan smbil senyum jek x der komplen pape (klu komplen mmg carik nahas la..huhu)...kire sedap la tuh kt tekak dia.

Tada...

Air - Aku buat Nutri Juice Cosway punyer...huhu sempat promote lg tuh..

Anyway, pada sesapa yg berminat nk cube Spageti berkuah ni (walaupun x bape jadi)...boleh la tgk kt bawah nih (smua main tarok jek..x der specific quantiti).

Spageti

Rebus dalam air mendidih yg dah ditambah sedikit garam + olive oil (minyak bese pn boleh)


Kuah

Onion kuning (potong dadu), minced beef, cili capsicum (kaler ape pn leh, potong dadu gak), buah tomato (potong dadu), cendawan dlm tin (potong kecik2 sket), 1 tin sos prego perasa mushroom, oregano powder (McCormick), sedikit mayonis (nk bg rasa lemak), parmesan cheese powder (aku pakai keju keping jek sbb nk save, letak bawah kuah masa nk makan) n kiub ayam tanpa msg.

Smua men campak2 jek dlm periuk. Okla bg sape2 yg de penyakit "M" cam aku tp ada hati nk masak. Huhu..


Wednesday, March 24, 2010

Aliyyah dah start recover..

umaAlhamdulillah..syukur kehadrat Allah. Smlm Ibu call Tok Papa, Tok Papa ckp Aliyyah dah x panas lg suhu dia n paling ibu senang dengar Aliyyah lebih nakal dari sebelum dia sakit. Tuh maknenye dah start recover la tuh. Ummi kata, Aliyyah x reti diam, mengembur sana sini, sepahkan barang smpai Ummi rasa x larat sbb penat nk kemas..huhu. Aliyyah tido pon dah lena.

Paling ibu senang hati dengar Aliyyah dah minum susu macam biasa and boleh habeskan semangkuk bubur daging walaupun secara pakse..huhu..tp bile dah leh telan tu maksud nye ok la tuh...janji x der muntah-muntah.

Lega sangat hati ibu ni and syukur sgt. Kalau tak..peningnya pale ibu dengar Aliyyah asik merengek kat kg bile ibu telefon n abah plak ari selasa kelmarin dah pi Miri and Brunei (rombongan opis) tinggalkan ibu sesorang. Huhu..Ibu doakan Aliyyah susah nk kene sakit lepas ni. Semoga sehat, gembira dan ceria selalu...Amin...

Tuesday, March 23, 2010

Entry Baru..



Ya allah...lama sgt dah x hapdet blog ni. Bukan pe, mmg xde masa n xde mood since pregnant 2nd baby ni. About 2nd pregnancy ni, ada different sket la dgn yg first. Mabuk start lebih awal, masa 3rd week (first - start 5th week) and stop mabuk pun lebih cepat, 4th month 2nd week (first - stop 5th month 3rd week).

Lain2 x byk beza, muntah, loya, migrain, insomnia smua sama cam first pregnancy. Cuma yang 2nd ni, even tgh alahan tp still de selera makan. Berat badan pun x turun byk and plg ketara, perut cepat besar dr yg first.

Mengidam pun x mcm yg first. Dulu macam2 mengidam, n klu bley hari2 nk makan fast food. tp yg kali ni, cume asik mengidam nasi goreng ayam and x berapa suke fast food and sgt suke makan nasi..huhu (harap2 baby kali ni pn senang makan x cam kakak dia).

Aliyyah plak skang tgh demam..kesian sgt kt dia. X mo makan dah 3 hari. Minum susu jek itu pun kurang dr biasa. Cedey tol ibu dgr). Nasib bek la dok ngn ummi kt kg, klu x macamana ibu nk handle dgn perut ibu ni. Ibu doa kan supaya Aliyyah cepat sembuh, ceria dan nakal seperti biasa. Kalau boleh, ibu nk mintak allah transfer kan sakit Aliyyah kat ibu, biar Aliyyah relax jek, ibu yg tanggung..x pe ibu sanggup. Kalau la boleh....

Ya allah..kasihanilah Aliyyah Humaira Binti Mohd Musaddik....

Wednesday, October 28, 2009

Besday Aliyyah on Raya 2009 - Alor Setar Kedah

H

Ekceli dah lama nk post Entry ni. Tp sbb asik tangguh, lepas tuh mabuk 2nd preganancy ni tuh smpai skang x post2 lg. Tp cane pn entry nih tetap kene post..sian kt Aliyyah. Hehe...
Since Aliyyah ni baby MERDEKA, so special sket la dia nye birth date kan. Tp masa dia genap setahun on 31/8/2009, masa tuh jatuh bulan pose plak..so x dpt nk celebrate. Ibu n Abah sepakat celebrate besday Aliyyah time raya. So tahun 2009 plak raya pose turn kg abah di Alor Setar Kedah. So just check out the pics time raya & besday Aliyyah kt sane..

Kek Besday Aliyyah yg 1st


Hadiah untuk cabutan bertuah

Amboi..pndai anak ibu cocentrate potong kek..

Yang Berhormat tukang smpai hadiah..

Para pemenang bertuah..


Hadiah x seberapa dari abah n ibu..

Kesian Aliyyah, 1st besday dia ibu ngan abah buat simple gile n kelam kabut. X de org bg present pn...yelah buat kt kg. Nanti utk 2nd besday pn jatuh bulan pose, kesian Aliyyah lagi skali, tp ibu cube buat besh sket dr yg first..hehe..dah le dpt adik baru....boleh ke...





























Pemenang first prize - abg mi'un anak paklong

Tuesday, October 13, 2009

Brunei...


Ha..as promised...aku uploadkan gambar2 tmpt aku mennginap di Brunei, office etc untuk santapan kalian, and also specially dedicated to my cousin Pn. Farhana Razak yg buat special request supaya aku cpat2 mengupload gambar2 ni.
Jgn jeles..den naik Royal Brunei lg...huhu..yg pnting pakai mask utk menyahut seruan kerajaan Malaysia..

Nihle kawasan rumah penginapan sepanjang aku di Brunei..lupe nk snap gambar rumah..hehe

Ni dapur rumah & ruang tamu...

Ni lah bilik den beradu...besar n seram..lom tgk toilet lg..toilet dia lg besar dr bilik tido den kt rumah kl..

Site Office


So..inilah tempat den kije sementara dr ogos 2009 to Jan 2010..bosan yg amat...sepanjang dok cini..den dikelilingi lelaki..cume den sorang jek bunge kt site office...klu sbulan kt cini..sbulan la den x jumpe pmpuan..perghhhhhhhhhhh













Saturday, September 12, 2009

Probiotiks???

Hmm...lately nih, Aliyyah lepas tukau susu pediasure for 1 yr, and maybe after sick time haritu, dia asik poo poo cair. Lepas tuh perut dia very la sensitive. Tak boleh salah makan sket, little oily je dah cair lagi poo poo. Sian anak ibu...
Luckily masa borak2 ngn member smlm, dia bukak story pasal probiotiks. Paed anak dia lah rekemen mende tuh...so malas nk taip bebanyak...read this;

Probiotik Bantu Cegah Penyakit
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my

PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Penggunaan probiotik terbukti mampu mencegah atau merawat. Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisme hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.

Kultur bakteria probiotik seperti lactobacillus dan bifidobacterium merupakan dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali. Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapkan semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Penyelidikan mendapati bahawa probiotik juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan alahan, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit lain.

Probiotik yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'untuk kehidupan' sudah pun digunakan sejak berabad-abad lamanya sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan. Istilah 'probiotik' mula diperkenalkan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelaskan sebagai faktor penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh mikro organisma. Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisikan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuhan mikro organisma lain.

Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaiki masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.

Pakar kesihatan juga turut mencadangkan pesakit yang mengambil rawatan antibiotik supaya menambahkan probiotik ke dalam pemakanan mereka. Ini kerana antibiotik menghapuskan semua bakteria, termasuk bakteria yang bermanfaat.

Ini membenarkan bakteria berbahaya dapat membiak secara berlebihan dan membawa kepada masalah gastrousus. Dos probiotik yang sihat dapat menjauhkan patogen berbahaya dan memperbaiki keseimbangan mikroflora usus.

Kehadiran bakteria bermanfaat memastikan toksik dikeluarkan daripada usus dan tidak diserap ke dalam salur darah. Selain itu, probiotik juga berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candida albicans. Ianya penting kerana pertumbuhan patogen usus boleh menyebabkan alergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis.

Ada kajian yang menyokong pengambilan probiotik memandangkan ia mungkin membantu mengelak kejadian seperti masalah keradangan usus di kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit dan juga kembung perut.

Dalam pada itu, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu, mempunyai imun sistem yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan termasuk mengurangkan risiko kejadian ekzema.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa setiap pemilihan probiotik harus berdasarkan beberapa kriteria untuk memaksimumkan manfaatnya. Begitu juga pemilihan strain yang tepat dan betul. Pakar bersetuju bahawa keputusan kajian bagi sesuatu strain tidak boleh dianggap sama dengan strain yang lain walaupun daripada spesis sama.

Kini, probiotik digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana ia boleh membantu pencernaan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Sesuai dengan peredaran masa, peranan probiotik juga diperluaskan. Bukan sekadar mengekalkan kesihatan malah digunakan dalam aplikasi yang menjurus kepada pelbagai keperluan kesihatan pencegahan. Kini, probiotik yang disahkan secara klinikal menemui aplikasi inovatif dalam makanan tambahan pemakanan, makanan berfungsi dan produk makanan utama.

Lactobacillus reuteri (atau L.reuteri) adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Menurut Dr. Andreas Aly, probiotik dapat melindungi si kecil dan mengelakkan sakit daripada berulang serta menguatkan imuniti. "Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak-anak mudah jatuh sakit. Senario begini yang kerap bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi mungkin menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka.

Pendedahan kajian klinikal dan penyelidikan mendapati salah satu kunci ke arah kesihatan optima mungkin berada dalam usus iaitu bakteria bermanfaat dalam saluran penghadaman.
Flora usus yang seimbang bukan sahaja memperbaiki kesihatan penghadaman tetapi juga mempengaruhi interaksi usus dengan imun sistem, dengan itu mengurangkan jangkitan dan ini menunjukkan keperluan penggunaan probiotik," katanya ketika taklimat media Bio Life di BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd, Blok N-41, Jalan PJU 1A/1. Taipan Damansara 2, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dr. Andreas menjelaskan, bukti menunjukkan Lactobacillus reuteri protectis sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun.

"Probiotik ini membantu merangsang pertumbuhan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus, mengembalikan flora usus yang sihat. Setiap strain probiotik adalah unik dan ianya dapat bertahan dalam hempedu dan asid gastrik serta mengkoloni saluran gastrousus. Ia mampu menghasilkan bahan anti mikrobial, reuterin dan asid organik yang mewujudkan persekitaran yang merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya," jelasnya. Dalam pada itu, pengambilan probiotik ini mengesahkan terdapatnya pengklonian bakteria ini dalam perut, deodenum dan ileum. Kajian juga mendapati peningkatan signifikan dalam sel emun selepas pengambilannya membawa perlindungan dan kurang jatuh sakit. Ia didapati berkesan sebagai agen terapeutik untuk rawatan cirit-birit dan kolik di kalangan kanak-kanak.

L.reuteri adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Probiotik juga dikenali sebagai serat diet. Ia membantu merangsang tumbesaran kebaikan microflora dalam usus dan pertumbuhan bakteria yang memberi manfaat. Namun, probiotik bukanlah penyelesaian untuk mencegah atau menyembuhkan penyakit tetapi iak menampilkan barisan pertahanan hadapan yang cepat dan mudah di samping diet yang sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai probiotik dan manfaatnya, sila telefon Bio-Life Customer Health Advisory di talian 03-7843 6981 (Isnin hingga Jumaat) atau e-mel health@biolife.com.my.

Huhu panjangkan...Ibu Aliyyah nih dah suh Tok Papa dia pi cari kat farmasi, probiotiks drop for infant..n conclusion dia melayang duit Ibu RM 105 utk probiotiks botol kecik giles....adoi..huhu...x perla janji anak ibu sehat dah....n Ibu ada kesal sket la becos de info yg kate, patutnye baby yg ceasarian nih, mmg kene amik mende nih dr baru lahir lg. Ibu mntk sorry sbb Ibu lmbat tau info ni...kesian Aliyyah asik sakit jek..semua atas kealpaan Ibu...

Wednesday, September 9, 2009

Aliyyah dah genap setahun...31/08/2009



Alhamdulillah...akhirnya genap umur Aliyyah setahun. Rasa macam kejap jek...masih terasa ramadhan disambut dengan bau minyak angin, bau rempah dan jamu di kg. Masih teringat lagi ramadhan last year, tiap2 petang breast feed Aliyyah sambil tengok akasia "Sutera Maya". Rasa macam baru 2-3 hari tuh semua berlalu..huhu..emo la plak...huhu

Unfortunately 1 week before Aliyyah genap setahun, she's got a very terrible virus fever. Smpai kene masuk wad, and merasa la ibu Aliyyah ni tido kat wad 3 hari jaga Aliyyah. Nasib baik,dpt flight hari yang sama Aliyyah masuk wad. Sedeynye tak terkata sbb rasa bersalah yang amat terpaksa tinggalkan Aliyyah di kg utk Brunei job ni. Mmg pon b4 this Aliyyah stay dgn Ummi and Tok Papa, tp Ibu x pernah miss visit Aliyyah everyweek. But becos of this Brunei job, sblum Aliyyah sakit, Ibu dah x jenguk Aliyyah for 3 weeks.

Sampai2 jek..rasa nk menitis air mate tengok muke Aliyyah sembab dan mata bengkak. Maybe sbb byk masuk air, or byk menangis. Cedeynye tengok tangan Aliyyah bengkak kene cucuk. Sepanjang dalam hospital, Aliyyah tak nak berenggang langsung dgn Ibu. Asik nk berkepit and kene peluk jek. Tapi mmg senang sgt jaga Aliyyah. Tak byk meragam. Cukup kene peluk dah senyap. Ibu tau mmg Aliyyah anak yang baik. Ibu kesian sangat bile nampak Aliyyah fobia dengan nurse2 kat hospital tuh, mesti macam mimpi ngeri kan, setiap kali nampak org baju putih jek, sakit kene cucuk. Lepas 3 hari duduk wad, 2 hari pertama Aliyyah keluar dari hospital, Aliyyah nmpak lemah sgt. Asyik nak tidur jek...risau pulak ibu. Lepas tuh bile bangun skejep terus nak baring balik. Luckily, decision Ibu & Abah bawak Aliyyah balik KL sgt la tepat. Aliyyah beransur pulih selepas beberapa hari....mungkin sbb seronok sgt dpt jalan2. Aliyyah mmg kaki jalan pon, mungkin disbbkan tuh jgk Aliyyah bersemangat utk aktif dan motivate diri sndri utk cepat sehat. Alhamdulillah, hasrat ibu nak tgk Aliyyah sehat pada Birthday dia, termakbul.


Aliyyah kat wad, sgt kurus and sembab..cedeynye tgk dia masa ni...


Birthday Aliyyah pon x dapat sambut kerana menghormati bulan ramadhan yang mulia. So akan di postpone ketika raya nanti. Tp Ibu & Abah dah hadiahkan Aliyyah seutas rantai tgn dr Habib Jewels lagi...hehe...Ibu harap semoga rantai tgn tu, akan kekal bersama Aliyyah smpai bile-bile.


Cerianye muka Aliyyah on her birthday...
Walaupun Aliyyah dah genap setahun, tp pekembangan fizikal Aliyyah masih seperti baby 9 bulan. Aliyyah masih belum merangkak, berdiri, dan duduk. Aliyyah masih lagi meniarap. Gigi pun baru tumbuh satu. Lambat sungguh anak Ibu ni....walaupun ibu risau, tp ibu x putus2 doa smoga Aliyyah akan berkembang normal sperti baby2 lain. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aliyyah, semoga hidup Aliyyah sentiasa hepi & sentiasa disayangi, semoga Aliyyah sentiasa dilindungi dari sebarang bencana, penyakit berbahaya, dan segala2 yg tidak baik. Semoga anak ibu ni menjadi anak yang solehah, berbudi perkerti mulia, beriman dan bertaqwa. Semoga Aliyyah Humaira menjadi manusia yang cemerlang seperti namanya.....Amin...