Saturday, September 12, 2009

Probiotiks???

Hmm...lately nih, Aliyyah lepas tukau susu pediasure for 1 yr, and maybe after sick time haritu, dia asik poo poo cair. Lepas tuh perut dia very la sensitive. Tak boleh salah makan sket, little oily je dah cair lagi poo poo. Sian anak ibu...
Luckily masa borak2 ngn member smlm, dia bukak story pasal probiotiks. Paed anak dia lah rekemen mende tuh...so malas nk taip bebanyak...read this;

Probiotik Bantu Cegah Penyakit
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my

PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Penggunaan probiotik terbukti mampu mencegah atau merawat. Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisme hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.

Kultur bakteria probiotik seperti lactobacillus dan bifidobacterium merupakan dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali. Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapkan semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Penyelidikan mendapati bahawa probiotik juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan alahan, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit lain.

Probiotik yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'untuk kehidupan' sudah pun digunakan sejak berabad-abad lamanya sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan. Istilah 'probiotik' mula diperkenalkan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelaskan sebagai faktor penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh mikro organisma. Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisikan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuhan mikro organisma lain.

Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaiki masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.

Pakar kesihatan juga turut mencadangkan pesakit yang mengambil rawatan antibiotik supaya menambahkan probiotik ke dalam pemakanan mereka. Ini kerana antibiotik menghapuskan semua bakteria, termasuk bakteria yang bermanfaat.

Ini membenarkan bakteria berbahaya dapat membiak secara berlebihan dan membawa kepada masalah gastrousus. Dos probiotik yang sihat dapat menjauhkan patogen berbahaya dan memperbaiki keseimbangan mikroflora usus.

Kehadiran bakteria bermanfaat memastikan toksik dikeluarkan daripada usus dan tidak diserap ke dalam salur darah. Selain itu, probiotik juga berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candida albicans. Ianya penting kerana pertumbuhan patogen usus boleh menyebabkan alergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis.

Ada kajian yang menyokong pengambilan probiotik memandangkan ia mungkin membantu mengelak kejadian seperti masalah keradangan usus di kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit dan juga kembung perut.

Dalam pada itu, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu, mempunyai imun sistem yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan termasuk mengurangkan risiko kejadian ekzema.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa setiap pemilihan probiotik harus berdasarkan beberapa kriteria untuk memaksimumkan manfaatnya. Begitu juga pemilihan strain yang tepat dan betul. Pakar bersetuju bahawa keputusan kajian bagi sesuatu strain tidak boleh dianggap sama dengan strain yang lain walaupun daripada spesis sama.

Kini, probiotik digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana ia boleh membantu pencernaan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Sesuai dengan peredaran masa, peranan probiotik juga diperluaskan. Bukan sekadar mengekalkan kesihatan malah digunakan dalam aplikasi yang menjurus kepada pelbagai keperluan kesihatan pencegahan. Kini, probiotik yang disahkan secara klinikal menemui aplikasi inovatif dalam makanan tambahan pemakanan, makanan berfungsi dan produk makanan utama.

Lactobacillus reuteri (atau L.reuteri) adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Menurut Dr. Andreas Aly, probiotik dapat melindungi si kecil dan mengelakkan sakit daripada berulang serta menguatkan imuniti. "Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak-anak mudah jatuh sakit. Senario begini yang kerap bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi mungkin menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka.

Pendedahan kajian klinikal dan penyelidikan mendapati salah satu kunci ke arah kesihatan optima mungkin berada dalam usus iaitu bakteria bermanfaat dalam saluran penghadaman.
Flora usus yang seimbang bukan sahaja memperbaiki kesihatan penghadaman tetapi juga mempengaruhi interaksi usus dengan imun sistem, dengan itu mengurangkan jangkitan dan ini menunjukkan keperluan penggunaan probiotik," katanya ketika taklimat media Bio Life di BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd, Blok N-41, Jalan PJU 1A/1. Taipan Damansara 2, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dr. Andreas menjelaskan, bukti menunjukkan Lactobacillus reuteri protectis sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun.

"Probiotik ini membantu merangsang pertumbuhan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus, mengembalikan flora usus yang sihat. Setiap strain probiotik adalah unik dan ianya dapat bertahan dalam hempedu dan asid gastrik serta mengkoloni saluran gastrousus. Ia mampu menghasilkan bahan anti mikrobial, reuterin dan asid organik yang mewujudkan persekitaran yang merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya," jelasnya. Dalam pada itu, pengambilan probiotik ini mengesahkan terdapatnya pengklonian bakteria ini dalam perut, deodenum dan ileum. Kajian juga mendapati peningkatan signifikan dalam sel emun selepas pengambilannya membawa perlindungan dan kurang jatuh sakit. Ia didapati berkesan sebagai agen terapeutik untuk rawatan cirit-birit dan kolik di kalangan kanak-kanak.

L.reuteri adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Probiotik juga dikenali sebagai serat diet. Ia membantu merangsang tumbesaran kebaikan microflora dalam usus dan pertumbuhan bakteria yang memberi manfaat. Namun, probiotik bukanlah penyelesaian untuk mencegah atau menyembuhkan penyakit tetapi iak menampilkan barisan pertahanan hadapan yang cepat dan mudah di samping diet yang sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai probiotik dan manfaatnya, sila telefon Bio-Life Customer Health Advisory di talian 03-7843 6981 (Isnin hingga Jumaat) atau e-mel health@biolife.com.my.

Huhu panjangkan...Ibu Aliyyah nih dah suh Tok Papa dia pi cari kat farmasi, probiotiks drop for infant..n conclusion dia melayang duit Ibu RM 105 utk probiotiks botol kecik giles....adoi..huhu...x perla janji anak ibu sehat dah....n Ibu ada kesal sket la becos de info yg kate, patutnye baby yg ceasarian nih, mmg kene amik mende nih dr baru lahir lg. Ibu mntk sorry sbb Ibu lmbat tau info ni...kesian Aliyyah asik sakit jek..semua atas kealpaan Ibu...

Wednesday, September 9, 2009

Aliyyah dah genap setahun...31/08/2009



Alhamdulillah...akhirnya genap umur Aliyyah setahun. Rasa macam kejap jek...masih terasa ramadhan disambut dengan bau minyak angin, bau rempah dan jamu di kg. Masih teringat lagi ramadhan last year, tiap2 petang breast feed Aliyyah sambil tengok akasia "Sutera Maya". Rasa macam baru 2-3 hari tuh semua berlalu..huhu..emo la plak...huhu

Unfortunately 1 week before Aliyyah genap setahun, she's got a very terrible virus fever. Smpai kene masuk wad, and merasa la ibu Aliyyah ni tido kat wad 3 hari jaga Aliyyah. Nasib baik,dpt flight hari yang sama Aliyyah masuk wad. Sedeynye tak terkata sbb rasa bersalah yang amat terpaksa tinggalkan Aliyyah di kg utk Brunei job ni. Mmg pon b4 this Aliyyah stay dgn Ummi and Tok Papa, tp Ibu x pernah miss visit Aliyyah everyweek. But becos of this Brunei job, sblum Aliyyah sakit, Ibu dah x jenguk Aliyyah for 3 weeks.

Sampai2 jek..rasa nk menitis air mate tengok muke Aliyyah sembab dan mata bengkak. Maybe sbb byk masuk air, or byk menangis. Cedeynye tengok tangan Aliyyah bengkak kene cucuk. Sepanjang dalam hospital, Aliyyah tak nak berenggang langsung dgn Ibu. Asik nk berkepit and kene peluk jek. Tapi mmg senang sgt jaga Aliyyah. Tak byk meragam. Cukup kene peluk dah senyap. Ibu tau mmg Aliyyah anak yang baik. Ibu kesian sangat bile nampak Aliyyah fobia dengan nurse2 kat hospital tuh, mesti macam mimpi ngeri kan, setiap kali nampak org baju putih jek, sakit kene cucuk. Lepas 3 hari duduk wad, 2 hari pertama Aliyyah keluar dari hospital, Aliyyah nmpak lemah sgt. Asyik nak tidur jek...risau pulak ibu. Lepas tuh bile bangun skejep terus nak baring balik. Luckily, decision Ibu & Abah bawak Aliyyah balik KL sgt la tepat. Aliyyah beransur pulih selepas beberapa hari....mungkin sbb seronok sgt dpt jalan2. Aliyyah mmg kaki jalan pon, mungkin disbbkan tuh jgk Aliyyah bersemangat utk aktif dan motivate diri sndri utk cepat sehat. Alhamdulillah, hasrat ibu nak tgk Aliyyah sehat pada Birthday dia, termakbul.


Aliyyah kat wad, sgt kurus and sembab..cedeynye tgk dia masa ni...


Birthday Aliyyah pon x dapat sambut kerana menghormati bulan ramadhan yang mulia. So akan di postpone ketika raya nanti. Tp Ibu & Abah dah hadiahkan Aliyyah seutas rantai tgn dr Habib Jewels lagi...hehe...Ibu harap semoga rantai tgn tu, akan kekal bersama Aliyyah smpai bile-bile.


Cerianye muka Aliyyah on her birthday...
Walaupun Aliyyah dah genap setahun, tp pekembangan fizikal Aliyyah masih seperti baby 9 bulan. Aliyyah masih belum merangkak, berdiri, dan duduk. Aliyyah masih lagi meniarap. Gigi pun baru tumbuh satu. Lambat sungguh anak Ibu ni....walaupun ibu risau, tp ibu x putus2 doa smoga Aliyyah akan berkembang normal sperti baby2 lain. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aliyyah, semoga hidup Aliyyah sentiasa hepi & sentiasa disayangi, semoga Aliyyah sentiasa dilindungi dari sebarang bencana, penyakit berbahaya, dan segala2 yg tidak baik. Semoga anak ibu ni menjadi anak yang solehah, berbudi perkerti mulia, beriman dan bertaqwa. Semoga Aliyyah Humaira menjadi manusia yang cemerlang seperti namanya.....Amin...

Ramadhan di Brunei



(Actually entry nih patut lama dah post..tp due to busy schedule..la ni baru terhegeh2 nk post..sorry frens...)

This is first time I have to celebrate Ramadhan luar M'sia. After 2 weeks ramadhan berlalu, baru terasa betul pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri". If in Malaysia, we can feel that betapa meriahnye ramadhan disambut. Time bukak puasa, everywhere we can find the bazaar ramadhan & we can see kebanyakan bazaar mmg sgt pack.

Here also got bazaar ramadhan but the bigest one that i know is only at Bandar Begawan, 1 1/2 hours from our bungalow. They start the business at 2pm (very early becos bukak puasa here is about 6.30 pm). For our bungalow area (Lumut) near to Kuala Belait, it's very hard to find bazaar, maybe disebab penduduk yang tak ramai. Brunei only got 300,000 penduduk. Terrace house is very rare to see, most of it is rumah atas tanah lot. Diorang mmg kaya tanah.
The food variety here also not so many as in M'sia. Mostly all boots sell ikan bakar, ayam bakar, nasi ayam, nasi lemak, etc. Not so many special local dish. The only one that i know is Ambuyat. Ianya sagu dan dimakan dengan lauk pauk n kuah sebagai ganti nasi. Maybe I have to dick more with the local people about their special local dish.

On first day puasa, i got chance to go to their Bazaar in Bandar Begawan. Luckily sempat snap few pic of their local kueh. I also realize, everywhere they sell air selasih (can remember the local name), it was evaporited milk mix with a little bit ice-cream soda, perasa, and biji selasih. Sometime the color of milk is green or yellow, depend pd apa perasa yg mereka letak. The taste pon not bad. But apa yg kureng sket, they use the recycle plastic bottle (such Pepsi, Coke) utk isi air selasih dan jual. I'm a little bit couries bout the cleanliness. Dunno why they don't want to use plastic bag instead.

Ni special kueh in Brunei..but forgot the name already...sorry..



Yang ni pun same..forgot the name but quite nice..ada rasa yam, durian, cempedak.

I've tried their chicken rice before but selera org Brunei mmg agak berbeza dgn orang Malaysia. Sambal Brunei mmg sgt lain dari sambal Msia. Especially sambal belacan and sambal soto. Jika di Msia, sambal soto kebanyakannye makan bersama sambal hitam, dan supnya adalah dari rempah soto, tp di Brunei, sup soto kadang2 ada yang rasa sup tulang, ada yg rasa sup sayur, dan smbal nye ada yg gune sambal merah, ada yg cili api goreng, ada yang gune cili api blender semata-mata. Pelikkan? But its not that I maksudkan yang diorang x pandai masak, mungkin hanya selera mereka agak berbeza dari orang Msia.

Every ramadhan, Sultan Brunei akan bersedekah kurma pada setiap rakyat baginda..at least 2 pack for each house.


Actually there is many more that make me feel different....kalau story x muat la pulak. Maybe in the next entry. But I really missed to celebrate ramadhan in Malaysia. The sadis one is, i only got chance to celebrate ramadhan with my beloved husband on our first year marriage. 2nd year pulak aku berpantang kat kampung Segamat, and 3rd year nih, kat tempat org pulak..uwaaaaaa........