Wednesday, October 28, 2009

Besday Aliyyah on Raya 2009 - Alor Setar Kedah

H

Ekceli dah lama nk post Entry ni. Tp sbb asik tangguh, lepas tuh mabuk 2nd preganancy ni tuh smpai skang x post2 lg. Tp cane pn entry nih tetap kene post..sian kt Aliyyah. Hehe...
Since Aliyyah ni baby MERDEKA, so special sket la dia nye birth date kan. Tp masa dia genap setahun on 31/8/2009, masa tuh jatuh bulan pose plak..so x dpt nk celebrate. Ibu n Abah sepakat celebrate besday Aliyyah time raya. So tahun 2009 plak raya pose turn kg abah di Alor Setar Kedah. So just check out the pics time raya & besday Aliyyah kt sane..

Kek Besday Aliyyah yg 1st


Hadiah untuk cabutan bertuah

Amboi..pndai anak ibu cocentrate potong kek..

Yang Berhormat tukang smpai hadiah..

Para pemenang bertuah..


Hadiah x seberapa dari abah n ibu..

Kesian Aliyyah, 1st besday dia ibu ngan abah buat simple gile n kelam kabut. X de org bg present pn...yelah buat kt kg. Nanti utk 2nd besday pn jatuh bulan pose, kesian Aliyyah lagi skali, tp ibu cube buat besh sket dr yg first..hehe..dah le dpt adik baru....boleh ke...





























Pemenang first prize - abg mi'un anak paklong

Tuesday, October 13, 2009

Brunei...


Ha..as promised...aku uploadkan gambar2 tmpt aku mennginap di Brunei, office etc untuk santapan kalian, and also specially dedicated to my cousin Pn. Farhana Razak yg buat special request supaya aku cpat2 mengupload gambar2 ni.
Jgn jeles..den naik Royal Brunei lg...huhu..yg pnting pakai mask utk menyahut seruan kerajaan Malaysia..

Nihle kawasan rumah penginapan sepanjang aku di Brunei..lupe nk snap gambar rumah..hehe

Ni dapur rumah & ruang tamu...

Ni lah bilik den beradu...besar n seram..lom tgk toilet lg..toilet dia lg besar dr bilik tido den kt rumah kl..

Site Office


So..inilah tempat den kije sementara dr ogos 2009 to Jan 2010..bosan yg amat...sepanjang dok cini..den dikelilingi lelaki..cume den sorang jek bunge kt site office...klu sbulan kt cini..sbulan la den x jumpe pmpuan..perghhhhhhhhhhh













Saturday, September 12, 2009

Probiotiks???

Hmm...lately nih, Aliyyah lepas tukau susu pediasure for 1 yr, and maybe after sick time haritu, dia asik poo poo cair. Lepas tuh perut dia very la sensitive. Tak boleh salah makan sket, little oily je dah cair lagi poo poo. Sian anak ibu...
Luckily masa borak2 ngn member smlm, dia bukak story pasal probiotiks. Paed anak dia lah rekemen mende tuh...so malas nk taip bebanyak...read this;

Probiotik Bantu Cegah Penyakit
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my

PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Penggunaan probiotik terbukti mampu mencegah atau merawat. Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisme hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.

Kultur bakteria probiotik seperti lactobacillus dan bifidobacterium merupakan dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali. Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapkan semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Penyelidikan mendapati bahawa probiotik juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan alahan, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit lain.

Probiotik yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'untuk kehidupan' sudah pun digunakan sejak berabad-abad lamanya sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan. Istilah 'probiotik' mula diperkenalkan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelaskan sebagai faktor penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh mikro organisma. Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisikan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuhan mikro organisma lain.

Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaiki masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.

Pakar kesihatan juga turut mencadangkan pesakit yang mengambil rawatan antibiotik supaya menambahkan probiotik ke dalam pemakanan mereka. Ini kerana antibiotik menghapuskan semua bakteria, termasuk bakteria yang bermanfaat.

Ini membenarkan bakteria berbahaya dapat membiak secara berlebihan dan membawa kepada masalah gastrousus. Dos probiotik yang sihat dapat menjauhkan patogen berbahaya dan memperbaiki keseimbangan mikroflora usus.

Kehadiran bakteria bermanfaat memastikan toksik dikeluarkan daripada usus dan tidak diserap ke dalam salur darah. Selain itu, probiotik juga berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candida albicans. Ianya penting kerana pertumbuhan patogen usus boleh menyebabkan alergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis.

Ada kajian yang menyokong pengambilan probiotik memandangkan ia mungkin membantu mengelak kejadian seperti masalah keradangan usus di kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit dan juga kembung perut.

Dalam pada itu, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu, mempunyai imun sistem yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan termasuk mengurangkan risiko kejadian ekzema.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa setiap pemilihan probiotik harus berdasarkan beberapa kriteria untuk memaksimumkan manfaatnya. Begitu juga pemilihan strain yang tepat dan betul. Pakar bersetuju bahawa keputusan kajian bagi sesuatu strain tidak boleh dianggap sama dengan strain yang lain walaupun daripada spesis sama.

Kini, probiotik digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana ia boleh membantu pencernaan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Sesuai dengan peredaran masa, peranan probiotik juga diperluaskan. Bukan sekadar mengekalkan kesihatan malah digunakan dalam aplikasi yang menjurus kepada pelbagai keperluan kesihatan pencegahan. Kini, probiotik yang disahkan secara klinikal menemui aplikasi inovatif dalam makanan tambahan pemakanan, makanan berfungsi dan produk makanan utama.

Lactobacillus reuteri (atau L.reuteri) adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Menurut Dr. Andreas Aly, probiotik dapat melindungi si kecil dan mengelakkan sakit daripada berulang serta menguatkan imuniti. "Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak-anak mudah jatuh sakit. Senario begini yang kerap bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi mungkin menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka.

Pendedahan kajian klinikal dan penyelidikan mendapati salah satu kunci ke arah kesihatan optima mungkin berada dalam usus iaitu bakteria bermanfaat dalam saluran penghadaman.
Flora usus yang seimbang bukan sahaja memperbaiki kesihatan penghadaman tetapi juga mempengaruhi interaksi usus dengan imun sistem, dengan itu mengurangkan jangkitan dan ini menunjukkan keperluan penggunaan probiotik," katanya ketika taklimat media Bio Life di BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd, Blok N-41, Jalan PJU 1A/1. Taipan Damansara 2, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dr. Andreas menjelaskan, bukti menunjukkan Lactobacillus reuteri protectis sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun.

"Probiotik ini membantu merangsang pertumbuhan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus, mengembalikan flora usus yang sihat. Setiap strain probiotik adalah unik dan ianya dapat bertahan dalam hempedu dan asid gastrik serta mengkoloni saluran gastrousus. Ia mampu menghasilkan bahan anti mikrobial, reuterin dan asid organik yang mewujudkan persekitaran yang merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya," jelasnya. Dalam pada itu, pengambilan probiotik ini mengesahkan terdapatnya pengklonian bakteria ini dalam perut, deodenum dan ileum. Kajian juga mendapati peningkatan signifikan dalam sel emun selepas pengambilannya membawa perlindungan dan kurang jatuh sakit. Ia didapati berkesan sebagai agen terapeutik untuk rawatan cirit-birit dan kolik di kalangan kanak-kanak.

L.reuteri adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Probiotik juga dikenali sebagai serat diet. Ia membantu merangsang tumbesaran kebaikan microflora dalam usus dan pertumbuhan bakteria yang memberi manfaat. Namun, probiotik bukanlah penyelesaian untuk mencegah atau menyembuhkan penyakit tetapi iak menampilkan barisan pertahanan hadapan yang cepat dan mudah di samping diet yang sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai probiotik dan manfaatnya, sila telefon Bio-Life Customer Health Advisory di talian 03-7843 6981 (Isnin hingga Jumaat) atau e-mel health@biolife.com.my.

Huhu panjangkan...Ibu Aliyyah nih dah suh Tok Papa dia pi cari kat farmasi, probiotiks drop for infant..n conclusion dia melayang duit Ibu RM 105 utk probiotiks botol kecik giles....adoi..huhu...x perla janji anak ibu sehat dah....n Ibu ada kesal sket la becos de info yg kate, patutnye baby yg ceasarian nih, mmg kene amik mende nih dr baru lahir lg. Ibu mntk sorry sbb Ibu lmbat tau info ni...kesian Aliyyah asik sakit jek..semua atas kealpaan Ibu...

Wednesday, September 9, 2009

Aliyyah dah genap setahun...31/08/2009



Alhamdulillah...akhirnya genap umur Aliyyah setahun. Rasa macam kejap jek...masih terasa ramadhan disambut dengan bau minyak angin, bau rempah dan jamu di kg. Masih teringat lagi ramadhan last year, tiap2 petang breast feed Aliyyah sambil tengok akasia "Sutera Maya". Rasa macam baru 2-3 hari tuh semua berlalu..huhu..emo la plak...huhu

Unfortunately 1 week before Aliyyah genap setahun, she's got a very terrible virus fever. Smpai kene masuk wad, and merasa la ibu Aliyyah ni tido kat wad 3 hari jaga Aliyyah. Nasib baik,dpt flight hari yang sama Aliyyah masuk wad. Sedeynye tak terkata sbb rasa bersalah yang amat terpaksa tinggalkan Aliyyah di kg utk Brunei job ni. Mmg pon b4 this Aliyyah stay dgn Ummi and Tok Papa, tp Ibu x pernah miss visit Aliyyah everyweek. But becos of this Brunei job, sblum Aliyyah sakit, Ibu dah x jenguk Aliyyah for 3 weeks.

Sampai2 jek..rasa nk menitis air mate tengok muke Aliyyah sembab dan mata bengkak. Maybe sbb byk masuk air, or byk menangis. Cedeynye tengok tangan Aliyyah bengkak kene cucuk. Sepanjang dalam hospital, Aliyyah tak nak berenggang langsung dgn Ibu. Asik nk berkepit and kene peluk jek. Tapi mmg senang sgt jaga Aliyyah. Tak byk meragam. Cukup kene peluk dah senyap. Ibu tau mmg Aliyyah anak yang baik. Ibu kesian sangat bile nampak Aliyyah fobia dengan nurse2 kat hospital tuh, mesti macam mimpi ngeri kan, setiap kali nampak org baju putih jek, sakit kene cucuk. Lepas 3 hari duduk wad, 2 hari pertama Aliyyah keluar dari hospital, Aliyyah nmpak lemah sgt. Asyik nak tidur jek...risau pulak ibu. Lepas tuh bile bangun skejep terus nak baring balik. Luckily, decision Ibu & Abah bawak Aliyyah balik KL sgt la tepat. Aliyyah beransur pulih selepas beberapa hari....mungkin sbb seronok sgt dpt jalan2. Aliyyah mmg kaki jalan pon, mungkin disbbkan tuh jgk Aliyyah bersemangat utk aktif dan motivate diri sndri utk cepat sehat. Alhamdulillah, hasrat ibu nak tgk Aliyyah sehat pada Birthday dia, termakbul.


Aliyyah kat wad, sgt kurus and sembab..cedeynye tgk dia masa ni...


Birthday Aliyyah pon x dapat sambut kerana menghormati bulan ramadhan yang mulia. So akan di postpone ketika raya nanti. Tp Ibu & Abah dah hadiahkan Aliyyah seutas rantai tgn dr Habib Jewels lagi...hehe...Ibu harap semoga rantai tgn tu, akan kekal bersama Aliyyah smpai bile-bile.


Cerianye muka Aliyyah on her birthday...
Walaupun Aliyyah dah genap setahun, tp pekembangan fizikal Aliyyah masih seperti baby 9 bulan. Aliyyah masih belum merangkak, berdiri, dan duduk. Aliyyah masih lagi meniarap. Gigi pun baru tumbuh satu. Lambat sungguh anak Ibu ni....walaupun ibu risau, tp ibu x putus2 doa smoga Aliyyah akan berkembang normal sperti baby2 lain. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aliyyah, semoga hidup Aliyyah sentiasa hepi & sentiasa disayangi, semoga Aliyyah sentiasa dilindungi dari sebarang bencana, penyakit berbahaya, dan segala2 yg tidak baik. Semoga anak ibu ni menjadi anak yang solehah, berbudi perkerti mulia, beriman dan bertaqwa. Semoga Aliyyah Humaira menjadi manusia yang cemerlang seperti namanya.....Amin...

Ramadhan di Brunei



(Actually entry nih patut lama dah post..tp due to busy schedule..la ni baru terhegeh2 nk post..sorry frens...)

This is first time I have to celebrate Ramadhan luar M'sia. After 2 weeks ramadhan berlalu, baru terasa betul pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri". If in Malaysia, we can feel that betapa meriahnye ramadhan disambut. Time bukak puasa, everywhere we can find the bazaar ramadhan & we can see kebanyakan bazaar mmg sgt pack.

Here also got bazaar ramadhan but the bigest one that i know is only at Bandar Begawan, 1 1/2 hours from our bungalow. They start the business at 2pm (very early becos bukak puasa here is about 6.30 pm). For our bungalow area (Lumut) near to Kuala Belait, it's very hard to find bazaar, maybe disebab penduduk yang tak ramai. Brunei only got 300,000 penduduk. Terrace house is very rare to see, most of it is rumah atas tanah lot. Diorang mmg kaya tanah.
The food variety here also not so many as in M'sia. Mostly all boots sell ikan bakar, ayam bakar, nasi ayam, nasi lemak, etc. Not so many special local dish. The only one that i know is Ambuyat. Ianya sagu dan dimakan dengan lauk pauk n kuah sebagai ganti nasi. Maybe I have to dick more with the local people about their special local dish.

On first day puasa, i got chance to go to their Bazaar in Bandar Begawan. Luckily sempat snap few pic of their local kueh. I also realize, everywhere they sell air selasih (can remember the local name), it was evaporited milk mix with a little bit ice-cream soda, perasa, and biji selasih. Sometime the color of milk is green or yellow, depend pd apa perasa yg mereka letak. The taste pon not bad. But apa yg kureng sket, they use the recycle plastic bottle (such Pepsi, Coke) utk isi air selasih dan jual. I'm a little bit couries bout the cleanliness. Dunno why they don't want to use plastic bag instead.

Ni special kueh in Brunei..but forgot the name already...sorry..



Yang ni pun same..forgot the name but quite nice..ada rasa yam, durian, cempedak.

I've tried their chicken rice before but selera org Brunei mmg agak berbeza dgn orang Malaysia. Sambal Brunei mmg sgt lain dari sambal Msia. Especially sambal belacan and sambal soto. Jika di Msia, sambal soto kebanyakannye makan bersama sambal hitam, dan supnya adalah dari rempah soto, tp di Brunei, sup soto kadang2 ada yang rasa sup tulang, ada yg rasa sup sayur, dan smbal nye ada yg gune sambal merah, ada yg cili api goreng, ada yang gune cili api blender semata-mata. Pelikkan? But its not that I maksudkan yang diorang x pandai masak, mungkin hanya selera mereka agak berbeza dari orang Msia.

Every ramadhan, Sultan Brunei akan bersedekah kurma pada setiap rakyat baginda..at least 2 pack for each house.


Actually there is many more that make me feel different....kalau story x muat la pulak. Maybe in the next entry. But I really missed to celebrate ramadhan in Malaysia. The sadis one is, i only got chance to celebrate ramadhan with my beloved husband on our first year marriage. 2nd year pulak aku berpantang kat kampung Segamat, and 3rd year nih, kat tempat org pulak..uwaaaaaa........

Saturday, August 15, 2009

Brunei..

Actually I should update the sequel of "Balik Kampung 3" long time ago, unfortunately due to a very busy schedule I'll try to finish it before mid of Sept 09 (agak kucai lana la this blog). This time pun curi2 masa nak blogging. I was really damn busy since early July 09 becos of the preparation to mobilise to Brunei. Don't get confuse, because it was just involve the office matters not personal and family. Our project team have to mobilise to Brunei when the Onshore Construction has started in early July and we as the PMC team must be based at the site office as stated in the agreement.
So sad for me, have to sacrifice my time with Aliyyah for job sake. Wish that this project will running smooth and can be completed as early in Nov 09.

Sunday, June 28, 2009

Balik Kampung!!!! (2)

At Kedah, not so many places that we can visit because of Aliyyah's condition. So, abah decided only to bring us makan2 jek la. So first makan place yang abah bawak, Warung Laksa Zakaria Telok Kechai (masuk dlm Warung Kita kt Astro).
Actually the specialty of the Zakaria's that made his laksa different from the others is Sambal Cocunut (Yellow color, not spicy and suits to the laksa taste). Few years ago, price for 1 set of laksa is about RM 1.50 (crazy price for KL huh?) But current price is about RM 2.50, still reasonable and sgt puas hati. Most local normally bought this laksa by kg. 1kg of laksa is about RM 10 (boleh makan smpai terbuntang). This warung also sell the best pulut udang and sate in Kuala Kedah. Sorry to say but their sate is much more better than Sate Kajang Haji S**u*i (from my opinion la...).


(Nampak x smbal kelapa kuning tepi pinggan?)


(Sempat pose depan Warung Laksa Zakaria Telok Kechai)


(Aliyyah borring x dpt joint makan)



(Cepat la ibu..abah..Aliyyah dah borring ni)

2nd place is Behoon/Mee Sup Siam Pekan Rabu. Before that, Ibu sempat bought a Gamalin Plus at one of kawan abah shop there with a lower price. At coincidence, abah met his old fren (ex-classmate) at the stall. Rupenye, abah's fren meniaga air next of Mee Sup Siam stall. So we ordered a very special air asam boi from him. It's quite nice, different taste and off course hard to find at other places. Price is reasonable and puas hati as usual.



Masuk jek kereta, Aliyyah cannot tahan anymore. She fell asleep until we reach at home...

(To be continued...)





Wednesday, June 24, 2009

Perkembangan Aliyyah..


 HAliyyah masa newborn, mmg sebijik cam anak mamak. First time ibu dpt tgk Aliyyah kat wad baby 3 hari lepas deliver, terkezut ibu..biar betul..huhu..Aliyyah gelap dan merah, hampir sama kulit anak india sebelah dia. Baby len semua putih2. Yelah nk wat cane..abah dia pun de rupe mamak2 sket, maklum la tok wan keturunan Acheh. (lahir 2.8kg)

Masa Ummi pegang Aliyyah lepas dibenarkan kuar dr hospital, Ummi pon rasa cam pelik..uish betulke cucuku??...huhu..x pernah keturunan dia kuar rupe camnih. Mata, idung, mulut..smua acuan lain...kekekkeke. Tp tetap smua org syg..tetap comey...x kisahla..janji sehat smpurna pun dah syukur pd Allah.

Bile hari bertambah hari, bertambah bulan, muke Aliyyah dah x segelap masa lahir. Dah makin cerah. Tp ibu x kisah, gelap ke cerah ke..same jek, tetap anak ibu. Aliyyah dah pndai senyum pada org masa genap umur sebulan. Masa tuh klu nk snap pic, mmg best...fotogenik and sentiasa tersenyum. Biasalah baby, setiap bulan akan berubah. Bile dah makin besar, makin susah nk snap pic dia.
1 bulanpandai senyum pd org.

3 bulan

kenal org (dah mule takut pada org asing), gelak kecik, berceloteh

4 bulan

pndai kembangkan tapak tgn bile Ummi tepuk amai2 kt tgn Ummi, semakin takut pd org and tempat asing.

5 bulan
masuk walker (x pndai meniarap lg, tp masuk walker jalan bukan men laju), gelak mengekek, pndai tepuk amai (tp smpai skang x pndai tepuk tgn sndri, asik tepuk tgn org. Ummi dah confusekan Aliyyah). Pandai sembur mulut...

6 bulan
Start solid food. Makan nestum sehari skali. Pndai cakap babaababa.

7 bulan

Pandai tata (lambai). Makan nestum pagi, bubur ptg. Dah start mulut becok sket, dah leh cakap papapapa...babababababa... (Tapi x pndai2 meniarap..ibu dah risau), pandai sembur air kosong dgn muke nakal bile ibu suap (saje nk geramkan ibu). Asik asah kuku macam kucing. Pehtu mule ceku org.

8 bulan

Baru meniarap (lega sket). Pehtu guling, mengundur. Dah pndai ckp papapapa..mamamama...tatatattata...ceceecececece....ssssshhhhhshhhshsh..kekekekeke. Mudah tertarik pd mende kt syiling. Asik buat tgn ketam, dah friendly sket ngn org. Tp jgn dekatkan muke dgn Aliyyah, confirm calar kene cekau.
9 Bulan

Pandai bertarik...n mulut bertambah becok..asik bebel..skang dah byk konsonan dia sebut..dah terbelit-belit lidah ibu nk ajuk..huhu. Makan bubur 2 hari skali, nestum skali, malam makan roti sbb berat Aliyyah x naik2 dr umur 6 bulan (pakse dia makan byk sket). Skill mencekau, mengorek makin dasat (siap de sound effect bunyi rimau).

Wakaka...nih anak ibu ke anak rimau nih..huhu. X tau le awatnye hobi Aliyyah asik mencakar muke org. Kalau tgk pada perkembangan Aliyyah, semua org ckp lmbatnye...risau tau ibu. Yelah anak org 8 bulan dah mule berdiri..Aliyyah baru meniarap. Ibu selalu risau. Kekadang rasa nk bawak pi specialist. Tp Aliyyah aktif, so ummi x galakkan. Ummi suh ibu sabar jek. Ibu berdoa, skurang2nye umur setahun, Aliyyah dah buleh duduk sndri. X kisah la lambat sket dr org len, but at least ada perkembangan, baru la lega sket hati ibu. Biarla org nak kate ape pun kt anak ibu, ibu x kisah...harap2nye biar la kate2 seorang hamba Allah yg baik budi pekertinye (terjumpe kt klinik masa Aliyyah 5 bulan) ada ckp, "mungkin Aliyyah akan jadi org yg tersohor satu hari nanti" harap2nye termakbul berkat mulut dia. Semoga yg baik2 saje untuk Aliyyah. Amin....

video
(Masa nih, ibu tgh tgk tv, dr Aliyyah asik membebel dlm bilik sesorang. Pehtu ibu sempat rakam sket jek...)

Balik Kampung!!!!!!!!! (1)

6hb haritu balik kg abah. Abah dah lama sgt tingin balik kg. So kite kasi can kt abah..ibu pon amik cuti and otomatik buleh spend more time ngn gegirl ibu ni. After abah finish work at 10pm, straightly drive to Segamat amik Aliyyah. Besoknye terus tekan balik Kedah. On the way tu...masa Aliyyah tgh sedap tido, tetibe ibu terperasan de byk taik mate on the left eye. Alemak..anak ibu kene sakit mate rupenye..ala ciannye, baru nk syonot2 balik kg.

So, terpakse singgah KL, pi klinik check kt doktor. Dapat ubat titis and ubat gatal/selsema, then singgah rumah, mandikan Aliyyah kejap pehtu bg ubat. Masa nk letak ubat titis mate, melalak2 anak ibu sorang ni...kesian ibu tgk. Bg Aliyyah tido sat, pehtu kol 11pm tekan balik Kedah. Arrived at 4am. Mate Aliyyah makin teruk (melekat) kecian sgt.. Mak yg sambut n dah ready dah tempat beradu kiterang..semua mak dah sediakan (time kacih mak...).

Kol 9 pagi dengan x cukup tido, bgn le jugak..yelah klu x nk bgn kol bape lak kan..huhu...mate Aliyyah dah ok sket. Pehtu baru aku tau, kalau sakit mate nih..dia effect hidung skali sbb dr hidung la leh kene sakit mate (patutpun doktor bg ubat selsema). Aliyyah asik merengek jek sbb x comfortable kene selsema n batuk.




(Mata Aliyyah cepet sebelah..ciannye)

8hb malam tuh, kami makan besar..mak le yg masak 70% n len2 de abang ipar buat bakar2 sket. Ada udang galah bakar, sotong bakar, lala bakar, sup lala, udang masak sambal, siakap stim..


Kol 2 pagi jek..Aliyyah start melalak..sian dia..ibu kekadang geram... Terkejut2 Aliyyah kene marah ngn ibu..tp lepas tuh nyesal..abah yg sabar..nk bg Aliyyah diam terpakse bawak naik kete. Masuk kete senyap terus gelak2..ooo..suke ye...x smpai 10 minit terus tido dlm pelukan ibu..pehtu bawak balik baru ok..so setiap malam la kiterang camtuh..huhu..apo nk buek...(To be continued....)

Tuesday, June 2, 2009

Hubby Masak

Actually, ni yesterday punye story...tapi aku nk story jugak huhu... Semalam mmg penat sangat. Macam2 hal dekat office. Sampai rumah pon dah dekat pukul 7pm.

Sampai je depan pintu rumah aku dah terbau kari...perghhh perut dah le lapar..pehtu dgr usssssssshhhhhhh issssssssshhhhhhhh cam tengah goreng sumthing. Wah...bau cam udang goreng.

Ghupenye...hubby aku masak. Nk tau pe dia masak? Ha mestila masakan peberet dia, kari ikan bawal ala mamak and udang galah goreng..cayalah...(Ekceli seumur hidup aku x pernah masak kari ikan, kari telur and ayam pernah le sebab mmg aku tak suka makan kari ikan).



Walaupun aku tak suka makan kari ikan, lagipun dari kecik mak aku x habes2 buat kari ikan pakai ikan tenggiri dengan merah (dua-dua aku x suke) tapi excited nak rasa kari ikan hubby aku ni. Tak tunggu dah, terus bentang tikar (sebab nk tgk tv, makan kat meja x besh), cedok nasi. Hubby aku bancuh air Ribena (peberet dia lagi)..and Bismillah.....

Perghhh........memang syahdu tol..sedap siot. Dah la tengah lapar. Kagum gak sbb dia buleh bukak selera aku makan kari ikan and x sangka ikan bawal nih memang sedap buat kari rupenye. Hubby aku lak asik kembang kempis idung asik kene puji, kekekekekeke....

Harini aku shopping kat masjid india dgn cousin (Ana). Beli stok kain untuk buat baju raya. Penat sangat...hubby aku plak kije malam kene pi KLIA. So aku just buat megi goreng. Tp malas nk snap pic sbb cam malu le plak..megi pn nk amik gambar gak ke..huhu

Susu Aliyyah 2



Continuation from the last post (dun have time to update last week), I went to KLCC & Ampang Park. Niat nk survey susu Aliyyah but then dah melalut pi shopping mende lain.

Bought this at Mother Care KLCC


Ni pulak Baby Shop kat Ampang Park


Olive Market near office (Aliyyah suke sangat)

After 2 hours pusing dalam KLCC and Ampang Park, aku still not sure susu apa nak beli untuk Aliyyah. On the way back to home I've decided to try Frisolac Gold. I went to KK Mart near my housing area but no small pack and then went to UO Supermarket then I found this.

From the feeding table, it was quite different from Enfalec A+. For Enfalec A+, they recommend 7-8oz 5 times per day for 8 months baby. But for Frisolac, it is only 6oz 3 times per day. Maybe it will suits to Aliyyah since dia pun tak kuat minum susu.
Balik rumah, penat2 aku sempat goreng Spaghetti for my hubby. Lately nih takde mood nak makan nasi. Speghetti goreng ni pon senang jek, sekejap dah siap.

So last Friday, aku balik Segamat jenguk Aliyyah and dengan harapan she will love this FM. Unfortunately, lepas 3 hari Aliyyah minum FM ni dia macam re-act yang dia x gemar rasa susu ni. So terpaksa tukar balik ke Enfalec A+. Aku pun dah give up. Rasanya lepas ni tak nak tukar susu lagi. Tunggu la umur dia setahun baru ricky FM lain.

Wednesday, May 27, 2009

Susu Aliyyah

Adus..pening gile pikir pasal susu Aliyyah. Lately nih, my moms selalu cakap Aliyyah makin kurang minum. Dari newborn sampai sekarang, selera minum susu asik turun naik. Dulu time pantang, Aliyyah memang suka sgt susu cap gantung but apalah daya..body ibu x dpt produce banyak susu maybe becoz lack of knowledged bout the BF technique.
Actually masa preggy lagi mmg dah tanam azam yang membara nak fully BF but tak semestinye apa yang kita rancang akan menjadi. I had went for Ceasarian Operation, and becoz of that, I just met Aliyyah on the 3rd day after delivered. Cedeykan...aku cuma dapat tengok je ibu-ibu BF anak derang kad dalam wad bersalin. Aliyyah pulak nurse kat wad baby dah sumbat dengan susu formula. I only started try to BF on the 4th day.
At last I have to mix with the FM. Si cenonet nih selalu muntah balik lepas minum FM. But macamana pon berat badan dia still naik cantik maybe becoz of breast milk jugak. The things getting worse bile I've to go back to KL sbb maternity leave dah habes. Aliyyah terpakse tinggal dgn parent aku kat Segamat disebabkan takde baby sitter yg ok dekat area rumah aku apatah lagi maid (skang tengah mencari). Siksa jugak mula2nye. Aliyyah pun susah nak tido malam sebab dah biasa berkepit dgn nenen ibu, huhu...and memang lepas tuh berat badan dia naik sikit sgt setiap bulan (tula, breast milk jugak the best! walaupun cume sikit, sgt membantu utk naikkan berat badan baby)
Susu yang aku dah try:- New Born [Nan 1 (sebulan jek)], 1 to 5 mths [Enfalec A+ (ok sikit, kurang muntah)], 5 to 5 1/2 mths [Lactogen, Dulac (cube try susu murah pun lagi teruk)], 5 1/2 to 7 months [Enfalec A+ semula], 7 to 7 1/2 mths [Promil Gold (Aliyyah suke rasa vanila but stool keras)], 7 mths to current [Enfalec A+ balik) (Kami pun ada try jugak Isomil & Similac but cume tahan seminggu jek becoz stool dia hijau so mmg x sesuai)
Botol susu pon try:- New Born [Avent (Aliyyah selalu reject teats dia)], 1 to 1 1/2 mths [Tommie Tippie - teat dia slalu terkelepet, Pigeon - x best], 1 1/2 to 4 mths [Dr. Brown (Aliyyah suke sgt sbb teat lembut-but botol dia leceh], 4 mths to current [MAM - Aliyyah suke ke tak dah malas nk amik port]
But nasib baik cenonet tuh dah boleh makan and tak pernah refuse kalau sumbat apa pon. But I think the most important for her age now is milk. So aku n husben pon macam rasa2 nak amik risiko skali lagi try tukar susu. Aku ingat susah2 try je susu Dutch Lady. Entah2 sesuai. Lunch time nih aku pi merayau sat kat Sogo ke, Ampang Park ke survey susu. Huhu...Sok dah nak balik Segamat (x sabar rasanye every friday), jumpe cenonet kesayangan hamba tu. So just look and see what I can do for today ;-)

Monday, May 18, 2009

Cocunut Shake Pantai Klebang

Cocunut Shake? Macam best...last week we all satu family pegi jejalan ke Melaka. Try our best in limited time to make our little girl happy. But becoz of weather mmg tersangatlah panas smpai ibu n abah dia pun x tahan, so ape lg dgn si kecik. Kesian dia... So we decide just jalan2 in shopping complex and pusing2 Melaka dengan kereta sahaja. See my girl...tersangat la hepi. Geramnyerrrr...




Kami sempat jalan2 dalam Hang Tuah Megamall, n sempat stop kt one of Seniman Jalanan punye shop. Just cam interested nk buat potret karikatur Aliyyah. But, really dissapointed becoz gambar yang this guy lukis mmg x sama langsung dengan muke Aliyyah. Kesian Aliyyah, penat tau dia duduk tegak and senyap2 almost 20 minutes pandang abang yg lukis gambar dia (cam tau2 jek orang nk lukis potret dia) Abah dia cakap, nanti lain kali kite bawak pegi Central Market buat lain.

(Rupe abah dia ade le...huhu)

After that kami just pusing2 area Melaka Raya, Bandar Hilir, Masjid Selat Melaka, Pantai Klebang....n masa kami lalu dekat Pantai Klebang, suddenly kami hairan ada satu stall tuh..fuh punyelah long que. Wah, macam something very interesting yg boleh attract orang ramai smpai que panjang kt situ.


So my hubby pon berhenti untuk tengok apa yg menarik, n we realised that stall yang long que tu jual COCUNUT SHAKE!. So, my hubby and my brother (yg ikut kiterang) dengan bersemangat pegi joint the que, huhu....then, for about 20 minutes berpanas, my hubby dapat bawak balik 3 Cocunut Shake ke kereta. Check out the pics...

Amboi..nikmatnye. Cocunut Shake nih RM2.50 each. It was mixture of cocunut juice with Wall's Vanilla Ice-cream. Rasa dia not bad la. I think ramai org attract to this Cocunut Shake because cuaca tepi laut tersangat la panas. But for me, maybe kalau tokey dia upgrade sket Cocunut Shake ni contoh macam dia tambah air gule melaka supaya bertambah wangi, maybe it can make his Cocunut Shake more spread away. (Cewah..cam bagus jek aku nih kan).

See..skali slurp jek dah habes..siap rembat aku punye skali..huhu. Lepas tuh kepala pun ting tong...byk sgt kolestrol dah telan.

Lepas habes slurp Cocunut Shake tuh, we decide untuk balik sebab memang tak tahan panas yang tahap gaban haritu. On the way back tu, my hubby and I mule la pasang angan2 kunun nk bukak bisnes Cocunut Shake nanti kat KL. Hehe...x salah kan pasang angan2. "Success Can't Be Achieved Without Dreams" or "The Power of Dreams" (Slogan kete Honda)...huhu.


Ooopsss, terlupa pulak, we all sempat singgah Muar (Tanjung Agas). Bawak Aliyyah pi lepak tepi muara kene angin laut. Seronok betol cek mek tuh, tapi x boleh lama2 sbb x elokkan angin senja. Smpat tapau Mee Bandung Muar for supper. (Lupe nk snap pics...dah penat sgt).