Saturday, September 12, 2009

Probiotiks???

Hmm...lately nih, Aliyyah lepas tukau susu pediasure for 1 yr, and maybe after sick time haritu, dia asik poo poo cair. Lepas tuh perut dia very la sensitive. Tak boleh salah makan sket, little oily je dah cair lagi poo poo. Sian anak ibu...
Luckily masa borak2 ngn member smlm, dia bukak story pasal probiotiks. Paed anak dia lah rekemen mende tuh...so malas nk taip bebanyak...read this;

Probiotik Bantu Cegah Penyakit
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my

PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Penggunaan probiotik terbukti mampu mencegah atau merawat. Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisme hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.

Kultur bakteria probiotik seperti lactobacillus dan bifidobacterium merupakan dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali. Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapkan semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Penyelidikan mendapati bahawa probiotik juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan alahan, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit lain.

Probiotik yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'untuk kehidupan' sudah pun digunakan sejak berabad-abad lamanya sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan. Istilah 'probiotik' mula diperkenalkan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelaskan sebagai faktor penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh mikro organisma. Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisikan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuhan mikro organisma lain.

Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaiki masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.

Pakar kesihatan juga turut mencadangkan pesakit yang mengambil rawatan antibiotik supaya menambahkan probiotik ke dalam pemakanan mereka. Ini kerana antibiotik menghapuskan semua bakteria, termasuk bakteria yang bermanfaat.

Ini membenarkan bakteria berbahaya dapat membiak secara berlebihan dan membawa kepada masalah gastrousus. Dos probiotik yang sihat dapat menjauhkan patogen berbahaya dan memperbaiki keseimbangan mikroflora usus.

Kehadiran bakteria bermanfaat memastikan toksik dikeluarkan daripada usus dan tidak diserap ke dalam salur darah. Selain itu, probiotik juga berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candida albicans. Ianya penting kerana pertumbuhan patogen usus boleh menyebabkan alergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis.

Ada kajian yang menyokong pengambilan probiotik memandangkan ia mungkin membantu mengelak kejadian seperti masalah keradangan usus di kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit dan juga kembung perut.

Dalam pada itu, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu, mempunyai imun sistem yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan termasuk mengurangkan risiko kejadian ekzema.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa setiap pemilihan probiotik harus berdasarkan beberapa kriteria untuk memaksimumkan manfaatnya. Begitu juga pemilihan strain yang tepat dan betul. Pakar bersetuju bahawa keputusan kajian bagi sesuatu strain tidak boleh dianggap sama dengan strain yang lain walaupun daripada spesis sama.

Kini, probiotik digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana ia boleh membantu pencernaan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Sesuai dengan peredaran masa, peranan probiotik juga diperluaskan. Bukan sekadar mengekalkan kesihatan malah digunakan dalam aplikasi yang menjurus kepada pelbagai keperluan kesihatan pencegahan. Kini, probiotik yang disahkan secara klinikal menemui aplikasi inovatif dalam makanan tambahan pemakanan, makanan berfungsi dan produk makanan utama.

Lactobacillus reuteri (atau L.reuteri) adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Menurut Dr. Andreas Aly, probiotik dapat melindungi si kecil dan mengelakkan sakit daripada berulang serta menguatkan imuniti. "Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak-anak mudah jatuh sakit. Senario begini yang kerap bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi mungkin menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka.

Pendedahan kajian klinikal dan penyelidikan mendapati salah satu kunci ke arah kesihatan optima mungkin berada dalam usus iaitu bakteria bermanfaat dalam saluran penghadaman.
Flora usus yang seimbang bukan sahaja memperbaiki kesihatan penghadaman tetapi juga mempengaruhi interaksi usus dengan imun sistem, dengan itu mengurangkan jangkitan dan ini menunjukkan keperluan penggunaan probiotik," katanya ketika taklimat media Bio Life di BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd, Blok N-41, Jalan PJU 1A/1. Taipan Damansara 2, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dr. Andreas menjelaskan, bukti menunjukkan Lactobacillus reuteri protectis sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun.

"Probiotik ini membantu merangsang pertumbuhan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus, mengembalikan flora usus yang sihat. Setiap strain probiotik adalah unik dan ianya dapat bertahan dalam hempedu dan asid gastrik serta mengkoloni saluran gastrousus. Ia mampu menghasilkan bahan anti mikrobial, reuterin dan asid organik yang mewujudkan persekitaran yang merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya," jelasnya. Dalam pada itu, pengambilan probiotik ini mengesahkan terdapatnya pengklonian bakteria ini dalam perut, deodenum dan ileum. Kajian juga mendapati peningkatan signifikan dalam sel emun selepas pengambilannya membawa perlindungan dan kurang jatuh sakit. Ia didapati berkesan sebagai agen terapeutik untuk rawatan cirit-birit dan kolik di kalangan kanak-kanak.

L.reuteri adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.

Probiotik juga dikenali sebagai serat diet. Ia membantu merangsang tumbesaran kebaikan microflora dalam usus dan pertumbuhan bakteria yang memberi manfaat. Namun, probiotik bukanlah penyelesaian untuk mencegah atau menyembuhkan penyakit tetapi iak menampilkan barisan pertahanan hadapan yang cepat dan mudah di samping diet yang sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai probiotik dan manfaatnya, sila telefon Bio-Life Customer Health Advisory di talian 03-7843 6981 (Isnin hingga Jumaat) atau e-mel health@biolife.com.my.

Huhu panjangkan...Ibu Aliyyah nih dah suh Tok Papa dia pi cari kat farmasi, probiotiks drop for infant..n conclusion dia melayang duit Ibu RM 105 utk probiotiks botol kecik giles....adoi..huhu...x perla janji anak ibu sehat dah....n Ibu ada kesal sket la becos de info yg kate, patutnye baby yg ceasarian nih, mmg kene amik mende nih dr baru lahir lg. Ibu mntk sorry sbb Ibu lmbat tau info ni...kesian Aliyyah asik sakit jek..semua atas kealpaan Ibu...

3 comments: