Thursday, July 8, 2010

Wedding Cousin di Pendang Kedah on 19th June 2010 (Part 1)

18hb aritu balik kampong abah sbb nk attend wedding cousin (adik kepada Farhana Razak). Lambat hapdet sbb busy lately nih.

Sebelum tu, de satu mende yg buat Ibu frust sgt dlm byk2 frust.  Ingat tak b4 ni, Ibu ada buat entry, rambut Aliyyah ummi dah kerat?  Rupenye lagi 2 hari sbelum Ibu amik Aliyyah nk bawak balik Kedah,  Ummi pegi kerat lg rambut Aliyyah and kali nih mmg disaster...Abah bengang sesangat sbb nyonya potong rambut Aliyyah tu menggeletis...rambut Aliyyah jadi macam kene gigit dengan tikus.  Panjang pendek smua x same.  Perghhhh....Dah la rambut Aliyyah dah pendek..dia jadi makin pendek lg...masam jek muke abah....

Disebabkan masuk 7 bulan lebih, so x der la terlarat Ibu nk travel balik kedah naik kereta. Dah la cuti skolah…mau 7-8jam baru smpai. Adeh…sian kt Ibu ngn Aliyyah nanti. So disebabkan tuh, Abah awal2 lg dah booking flight utk kiterang.


18hb (Jumaat)


So 18hb (Jumaat) seawall kol 4 pg Ibu dah bangun siapkan Aliyyah smua and bertolak ke LCCT pukul 4.50 pagi. Smpai sane dalam lebih kurang kol 6 pagi. Boleh tahan ramai umat manusia yg naik flight pagi. So lepas ½ jam beratur check in, kol 6.30 pagi kiterang pun nk masuk tempat menunggu.

Sekali kene tahan da….diorang ckp, surat pengesahan “fit to fly” tak valid because dah terlebih 7 hari. Perghhhh…Abah punye menyirap. Dia dah la berangan boleh sampai rumah mak abah kol 8.30 pagi, pehtu bekfes pulut ikan masin mak dia. Semua berkecai. Mulela abah bebelkan Ibu. Ibu tutup tinge jek la. Dah mmg Ibu x check , salah Ibu la. Plg kesian kt Aliyyah la. Dah la kene bgn pukul 4pg, skali x jadi naik flight daaa…

So Air Asia bagi ibu flight pukul 8.45 malam supaya ibu boleh dapatkan surat pengesahan “fit to fly” yg baru. Nk wat cane, kene la balik rumah jugak..duit tambang dah la lebus pi balik LCCT. Tension bangatssss.

So lepas dpt jek surat tu dari klinik kt rumah, kol 6 ptg kiterang bertolak smula ke LCCT dengan bantuan best fren Ibu (Aunty Affie). Auntie Affie yg sudi menghantar kiterang ke LCCT semula petang tu, time kasih byk2 ek..jasamu sentiasa dikenang.
Cek mek nih..sempat merayau2 kt tmpt check in..nakal sungguh muke dia...


Sampai sane dalam pukul 7.30 mlm. Seb bek kt kaunter check-in x ramai pun.  Aliyyah dah mule meragam sbb x cukup tidur and lapar. Masa tunggu flight tu, Abah belikan Aliyyah spaghetti meat ball kt Air Asia Little CafĂ©. Berselera sungguh Aliyyah makan. Jarang dia macam tu. Seronok ibu tgk. Mungkin lapar sgt agaknye sbb x makan tengahari.


So kol 8.45 malam kiterang berlepas. Dalam flight tu, Aliyyah mule meragam ek. Yelah first time naik flight, x cukup tido, perut pun meragam. Puas la ibu ngn ayah pujuk supaya dia x mengamuk-ngamuk. Habes smua dia usik. Magazine, org sebelah, org depan. Lepas tuh yg jadi mangsa, passenger kt dpn kiterang la sbb Aliyyah asik terajang2 kerusi dia. Huhu…Ibu x terkata ape.




Masa nk landing plak, tetibe ibu tgk Aliyyah kuis2 telinga dia. Memule biasa2 jek. Lepas tuh dia tarik-tarik  pulak cuping telinga dia. Makin lama makin kuat Aliyyah tepuk2 telinga dia..alamak..Aliyyah kene sakit telinga. Adus..kesiannye. Ibu tau sakit dia macamana sbb Ibu pun penah rasa masa naik flight pi Brunei dulu. Dia bukan stakat berdengung, tapi rasa macam gegendang telinga kene tarik, makin lama makin kuat..macam kene rentap sakitnye. Menangis x berhenti Aliyyah smpai dia termuntah balik smula air milo & spageti yg dia makan…….

(To be continued…)

3 comments: