Almaklum la..1st time seumur hidup buat kueh lapis ni, so lapisan atas ternipis sket smpai nmpak pisang..huhu...janji leh telan..ye tak...
Disebabkan x sabar, aku potong kueh lapis nih panas-panas. x tunggu sejuk, so x bape cantik potongan dia sbb lembek. Bile dah sejuk betul, potong baru cantik dan kaler pon naik cantik..x macamni. Masuk peti sejuk semalaman, lagi cantik and sedap.
Aku nk kate sedap sgt tuh, x derla..nanti org kate aku pasan. Tapi husben aku kate besh..and kawan2 opis pon ckp "WOW"...sbb first time makan kueh lapis rasa pisang. Tapi aku cam x bape puas ati sbb manis sgt (aku mmg x kuat manis). So, aku akan make sure nk buat lagi sekali dalam masa terdekat, nk oter betul2 resepi dia supaya perfect matching dgn tekak aku nih. Pasal kaler, aku mmg suke kueh lapis kaler cair2, pinky2, creamy2 gitu. Pada kengkawan yg berminat nk menerai..kt sini resepi..tp aku dah oter sket...
KUIH LAPIS PISANG
Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2010/05/kuih-lapis-pisang.html
Bahan A:-
2 cawan santan (aku gune santan original dari sebiji kelapa ditambah air sehingga jadi 2 cawan santan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (aku gune 1/2 cawan jek gule pasir, tuh pun manis lg)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung (aku guna tepung jagung)
1 sudu teh garam (aku letak 1/2 sudu jek)
Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek (aku buh 3/4 cwn jek, sbb klu byk dia jadi terlalu manis)
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning (*aku buh 2 titik jek)
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah (*aku buh 4 titik jek)
Cara Membuat:-
Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit. (aku x balut sebab aku masak pakai api besar)
Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong. (yg ni slek sket...panas2 aku dah potong...huhu)
amboi,rajinnyer mak buyung ni masak..hehe..
ReplyDeletehuhu...ala sbb dah tagak sgt..pehtu mende ni susah nk cari yg boleh beli...
ReplyDeleteklu ko dok dekat dah lama aku anto rumah ko sket..kekekeke